Wednesday, August 26, 2009

BAHASA SENI VISUAL

Aspek formal
  1. Unsur seni reka
  • Garisan
  • Jalinan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Warna

PENGALAMAN ESTETIK

1)Pengalaman langsung
  • Proses membuat atau proses penghasilan produk seni.
  • Melalui penglibatan deria.

2)Pengalaman intelektual

  • Melalui kajian,penerokaan,eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
  • Spiritual(ketenangan,kepuasan dan keselesaan)
  • Pengeluaran(faktor cita rasa,gaya,fungsi dan kegunaan)
  • Pemujukan(keupayaan membentuk empati dan tarikan)
  • Perniagaan dan perdagangan(aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi)

PERANAN SENI VISUAL

1)Peranan psikologi
  • Perkembangan sensitiviti,emosi,kreativiti,dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

2)Peranan sosiologi

  • Nasionalisme(membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara)
  • Persekitaran(kesedaran nilai persekitaran,unsur keselesaan dan keharmonian)
  • Propaganda(saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea,hasrat atau kepercayaan,pengaruh dan kuasa)
  • Ritual/upacara(sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat)

PENGKELASAN SENI VISUAL

1)Pengkaryaan
  • Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan3D
  • Contoh pengkaryaan ialah lukisan,catan,seni cetak dan arca.

2)Perekaan

  • Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi.
  • Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia,reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran.

Monday, August 3, 2009

PENGENALAN SENI VISUAL

  • Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil,elok,tipis dan halus,enak di dengar iaitu mengenai suara,comel bentuk badan.
  • Dalam Ensiklopedia Malaysiana(1996) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran.